Friday, March 12, 2010

Bekerja Di Pagi SABTU

0 comments
salam semua...
pagi nie 13032010 wan ditugaskan unt duty for PILN2010...
byk giler call..tp biasalah...non-B yg byk menelefon...:(
nway...pg nie wan yg smpi dulu..ingatkan wan yg lewat...hahahah..rupa2nya wan plg awal ..
masuk2 jer bilik operasi...telefon berdering2..nasib ada 2 talian jer..x smpt nak bkk sistem..huhuh terus layan caller...
nsb yg call pg2 nie semua ok..so xde sgt masalah cuma biasalah..ada yg suh tolak anak dia masuklah..anak dia bestlah..tp bkn wan yg buat keptsn..kalu wan yg buat...alamat semua adik beradik wan dpt scholar JPA nie..hahhaha..
best jgk keje jg2 nie..mcm2 kerenah ada..yg kata x pandai isilah...nervous masa isilah...tp yg kelakar parents yg rmi call bkn student...huhuhu..parents kot nak g belajar..wakakaka...
ok..tu jer nak citer...

.::LOVE is in the air::.

Tuesday, March 9, 2010

FAKTA MENARIK TENTANG BILL GATES

4 comments
Siapa Bill Gates?ok Bill Gates ni adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya didunia.Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya didunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar2 yang lain dengar harta dianggarkan boleh beli malaysia dan beberapa negara asia lain.

Kalau dah kenal dengan Bill Gates,korang tahu tak fakta menarik tentang dia?Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir fikirkan)..


Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250.Apa yang korang akan buat?Kalau aku la memang tak tau nak buat apa.Makan tidur,shopping,belanja kawan2,p melancong,p tempat2 yang best dan macam2 lagi la yang aku akan buat time muda2 nih.


Ok Straight 2 the point.Jangan buang masa.Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.


1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun (Menarik bukan?)

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.(Menarik bukan?)

3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.(Menarik bukan?)

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.(Menarik bukan?)

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.(Menarik bukan?)

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.(Menarik bukan?)

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.(Menarik bukan?)

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya)hehe

9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!(Menarik bukan?)


.::LOVE is in the air::.

9 Jenis Syaitan (waspada)

0 comments

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

** 10. Isetan.(tambahan hahahaha...)

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


.::LOVE is in the air::.

Sunday, March 7, 2010

Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus

0 comments

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”


Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.


.::LOVE is in the air::.

~~Februari~~

0 comments

Salam semua…

Wan hari nie baru rasa mcm ada mood unt update2 blog nie…huhuhu..nak kata sibuk…10hb3- april 2010 baru start sibuk…tp ntah..mls melanda diri…hehehe…asal nak update jer mesti ada halangan…nway…bln februari lalu merupakan bulan cinta..yelah 14hb 2 kan bulan cinta…tp mcm biasa wan n en.Hubby tidak menyambut tarikh tersebut..dgn erti kata lain..kami sering terlupa..n rasa x ralat pun kalau x lupa…sbb tarikh tu bkn tarikh penting dlm hidup kamai…hehee..mgkn tarikh tu tarikh pntg bg org lain..maybe dia kawin pada tarikh tersebut…hehehe..merepek2..

ok..terus pada cerita…

Pada 5hb2 n 6hb2 berakhirlah sudah zaman bujang adik sedara wan…hehehe…congrats dear on ur weds..sgt cantik baju2 dia…alhamdulillah majlis berjalan dgn baik..n hari akad niekah mlm sabtu hari jumat sgt2lah kelakar…act.ayah sedara wan yg akadkan sendiri anaknya…tup2 dia yg nervous..hahaha..boleh katakana akad nikah tu b’ulang smpi 7x…kesilapan bapak sedara wan..n also the bride…tp mmg kelakar x ingat…majlis akad nikah start around 9pm…hbs around 10pm..huhuhu..lama tu…tp alhamdulillah semuanya selamat…majlis pada keesokkan harinya Alhamdulillah berjln dgn baik..walaupun mlm seblm majlis resepsi mcm2 b’laku smpi pengantin x tido2…huhuhu…anyway..Congrats HANIM N SHAUKAT n the nxt week..pada 12hb2 n 13hb2 berlansung pulak majlis kakak sedara wan kat Kelantan…cantik giler pelamin dia…I like!!!!kak ija pun cun sgt2 hari tu…husband dia pun hensem…heheheh..nmpk baik orgnya…wan x ingat namanya…tp mjls dia Alhamdulillah semuanya baik..n ada tragedy kelakar yg mana waktu kakak sedara wan lps salam her hubby…hubby dia pun nak tunduk salam dia…kitaorg gelak reramai..tok kadi pun tergelak…hehehehe…congrats to KAK IJA N HUSBAND :D


HANIM &SHAUKAT


p/s:hafiz k.long amik gambo kak ija kat FB ek..heheheh..n hanim too :D


.::LOVE is in the air::.

Thursday, March 4, 2010

Kisah 'Mak' yang hilang...

0 comments

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang aku ‘cover line’ klik fesbuk sikit-sikit, Mamat mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.

Dari tadi aku tengok Mamat macam hilang punca. Berlegar-legar di dalam pejabat. Muka macam ada masalah besar.

“Ko kenapa ni Mamat?”

Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Mamat ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.

Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Mamat banyak handle bisnes sendiri tapi dia selalu rugi.

MAK aku hilang la…”, Mamat berbisik perlahan.

Aku punyala terperanjat!!

“Hah, mak ko hilang? Bior betul. Bila hilang?”. Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam…dah cari merata, tapi tak jumpa la”.

Mamat berlalu meninggalkan aku dengan muka yang begitu suram, berjalan menuju ke bahagian budak-budak human resource.

Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih-lebih kang, risau pulak takut kena ‘tiaw’ dengan dia.Maklumlah orang tengah serabut.

Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia kerja sebagai Penolong Kanan, lagi 2~3 tahun dah nak pencen.

*********

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh aku nampak Mamat berjalan
semula masuk ke dalam pejabat. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan ’
The Typewriter’.

“Mak aku dah jumpa..”

Kelegaan jelas terpampang di wajah Mamat.

Aku cepat-cepat mengucap syukur :

“Alhamdulillah…Jumpa kat mana?”,

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna-warni rama-rama, Mamat membalas padu pertanyaan aku :

“Dalam sinki, kat pantry.”

Aku terlopong seketika. Tak tau nak cakap apa dah. Cis cis, aku dah terkena. Aku dah terkena….

Itu ‘MUG’ la Mamat…’MUG’!!!, pronouncation macam jahanam!

Ampeh betul, sia sia jer aku berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati aku membara…huhu.

Sekian.

P/s- Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia. Hehehe


.::LOVE is in the air::.

 

LOVE is in the air Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template