Thursday, February 28, 2008

kewajipan menghormati ibu bapa :)

Salam..hurm mlm nie tergerak pulak hati nie nak bercerita mengenai ‘menghormati ibu bapa’almaklumlah…sejak beberp bln nie ramai kwn2 yg baru lahirkan baby…cute2 sumenya, harap2 baby diaorg sume akan jd anak yg berguna dan tahu akan tggungjawap mereka terhadap kedua org tua…sebnrnya aku tertarik dgn petikan surah al-ahqaaf ayat yg ke 15 mengenai ‘kewajipan menghormati ibu bapa’…

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat 15)

yg mana surah nie baru je aku ajar adik aku yg bongsu maghrib td…‘kewajipan menghormati ibu bapa’ besar sggh tggungjawap 2..kadangkala sebagai anak, kita lupa akan tggjwb tersebut..x perlu tgk org jauh2…tgk diri kita sendiri..kadang2 sibuk dgn kerja@studi smpi lupa akan ibu bapa…mmg btl mak@ayah faham akan kesibukan kita..tp hati sebenar diaorg mcmana???we does’nt know…aku pernah terdgr satu petikan dari syarahan sapa aku dah x ingat..tp indvdu 2 ckp, jgn smpi mak@ayah kita yg suruh kita blk kmpg@telefon kita..2pun dah kira kita nie derhaka sbb bg mak @ ayah kita rindu kat kita..dgr mcm kelakar..tp 2lah kenyataan….jd kita sebagai anak, sentiasalah ingat akan kedua org ibu bapa kita.selagi mereka masih bernyawa, dan kita masih mampu unt berbakti kpd mereka, berbaktilah dgn sepuas2 nya..kerana mereka tiada galang gantinya…

p/s : buat ‘anak-anak’ aunty yg baru lahir ke dunia nie…be a good daughter and son.. :)

0 comments:

Post a Comment

 

LOVE is in the air Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template